Jumaat, 5 September 2014

LTSAS makan belanja RM42 juta yang dianggap kabur

 
Raja Ahmad Iskandar gesa Kerajaan Negeri Perak bentang semula DRP LTSAS

airport_ipoh_2_540_360_100


PETALING JAYA: Pemuda PAS Perak Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss mendesak Kerajaan Negeri Perak agar menunaikan janji membentangkan semula Draf Rancangan Pembangunan (DRP) bagi pembangunan Lapangan Terbang Azlan Shah (LTSAS).

Ini kerana pembangunan LTSAS yang memakan belanja RM42 juta untuk projek naik taraf bermula 13 April 2011 itu telah terpaksa ditutup bagi membaiki landasannya yang menghadapi masalah pada Disember 2013, memakan belanja sebanyak RM15.22 juta.

Keadaan tersebut telah diumumkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) Perak.

Menurut Raja Ahmad Iskandar, keputusan kedudukan landasan LTSAS sepatutnya dapat diketahui pada bulan Februari 2014 yang lalu, namun ia diumumkan pada awal Ogos 2014 tentang keselamatan landasan tersebut.

“Ini menyebabkan banyak syarikat penerbangan swasta hanya menunggu dan melihat sahaja situasi yang sedang berlaku dan begitu meragui pelaburan mereka di LTSAS di masa akan datang.

“Justeru, Kerajaan Negeri Perak perlu serius dan bersungguh-sungguh untuk membaiki semula persepsi buruk yang berada di LTSAS sekarang ini, malah jika perlu satu pelaburan juga perlu diberikan suntukan bagi tujuan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di halaman Facebooknya.

Projek menaik taraf LTSAS telah bermula pada 13 April 2011 dan telah mula beroperasi sepenuhnya pada 1 November 2012 serta telah dirasmikan pada 21 Mei 2012.

Tiada ulasan: