Khamis, 4 September 2014

Lima anggota wanita MIC dianggap ‘letak jawatan’

 
Kelima-lima mereka juga tidak menghadiri mesyuarat agung tahunan cawangan wanita 2014 tanpa memberi sebarang penjelasan atau sebab. 

MIC



PETALING JAYA: Lima anggota Wanita MIC Wilayah Persekutuan dianggap meletak jawatan daripada jawatankuasa majlis negeri setelah gagal menghadiri empat mesyuarat majlis itu secara berturut-turut.

Mereka ialah G. Thanalakshmy (Bahagian Batu), N. Letchumi (Bahagian Seputeh), S.Rathnaswari (Bahagian Setiawangsa), V. Saratha (Bahagian Bandar Tun Razak) dan S. Anjalai (Bahagian Kepong).

Kelima-lima mereka juga tidak menghadiri mesyuarat agung tahunan cawangan wanita 2014 tanpa memberi sebarang penjelasan atau sebab.

“Keputusan sebulat suara ini diambil di mesyuarat Majlis Perhubungan Negeri pada 29 Ogos, yang menggesa agar tindakan diambil terhadap kelima-lima wanita itu.

“Ini dibuat berdasarkan Undang-undang Kecil Cawangan Wanita MIC 2003 -Undang-undang Kecil 53, yang menyebut bahawa seseorang anggota yang tidak menghadiri tiga mesyuarat secara berturut-turut, tanpa memberi penjelasan atau sebab yang boleh diterima, dianggap secara automatik melepaskan jawatan dalam majlis itu,” kata Ketua Wanita MIC Wilayah Persekutuan S.Kogilam .

Tiada ulasan: