Khamis, 4 September 2014

Jurugambar Ditumbuk : Pengamal Media Perlu Berhati-hati

RAKYATNEWS


alt
 
 
 
KUALA LUMPUR - Pengamal media harus lebih berhati-hati ketika membuat liputan tragedi Malaysia Airlines (MAS) MH17, khususnya bila berdepan dengan waris dan ahli keluarga yang masih bersedih berikutan kehilangan orang tersayang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Wee Ka Siong.
 
Beliau berkata waris dan ahli keluarga mangsa MH17 berkemungkinan sukar berdepan dengan orang luar yang tidak dikenali dan tidak biasa dengan liputan berita yang mungkin mereka anggap satu ‘infringement’ (pencerobohan).
 
Kesal dengan kejadian jurugambar New Straits Times (NST) Mohd Aizuddin Akmal Saad, 29, yang  ditumbuk seorang lelaki ketika membuat liputan di Pusat Peringatan
Nirvana
Sungai Besi di Kuala Lumpur kelmarin, Ka Siong berkata insiden itu tidak sepatutnya berlaku.
 
"Saya berharap semua waris dan ahli keluarga mangsa mengawal emosi. Wartawan dan jurugambar ada tanggungjawab untuk membuat liputan.
 
"Jangan menggunakan cara tidak bertamadun dan sebarang keganasan untuk melepaskan kemarahan. Ini tidak dapat diterima,” katanya pada sidang media di Putrajaya semalam.
 
Ka Siong berkata insiden itu diserahkan kepada polis untuk tindakan sewajarnya.

Tiada ulasan: