Ahad, 7 September 2014

Jumlah Calon MB: Mstar, The Star petik maklumat tidak benar

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Laporan portal mStar dan The Star berhubung jumlah nama calon Menteri Besar Selangor yang dihantar KEADILAN kepada istana  dipetik daripada maklumat yang tidak benar, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata, laporan tersebut bertajuk ‘Isu MB: PKR akhirnya Hantar Tiga Nama dan The Star bertajuk “PKR Finally Agrees To Nominate Three Candidate For MB” yang disiarkan portal berkenaan hari ini.

Menurut Fahmi, laporan tersebut cuba menimbulkan persepsi bahawa Saifuddin mengesahkan maklumat jumlah calon seperti yang disebut “sumber” oleh wartawan dua portal berkenaan.

“Ini tidak sepatutnya dilakukan kerana Datuk Setiausaha Agung tidak menjawab soalan mengenai isu jumlah nama calon,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Portal Mstar hari ini melaporkan KEADILAN menamakan tiga calon untuk kerusi Menteri Besar Selangor selepas beberapa minggu mempertahankan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal untuk mengisi kerusi berkenaan.

Selain Dr Wan Azizah, dua lagi calon yang dinamakan adalah Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok, Dr Idris Ahmad. Laporan itu turut disiarkan portal berbahasa Inggeris, The Star.

Tiada ulasan: