Ahad, 7 September 2014

Jangan gopoh petik buah yang belum masak


Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan
 
 
 
BANGI - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan menasihatkan pemimpin politik Islam tidak gopoh dalam membuat sebarang keputusan yang boleh menjejaskan Islam.

Nasrudin berkata, sebarang keputusan perlu berlandaskan Islam.

"Macam-macam iklim politik tanah
air
yang kita hadapi, apa-apa pun yang kita hadapi, kita perlu pertahankan prinsip Islam walaupun kita perlu membayar harga yang mahal, jangan benar sama sekali Islam dirosakkan.

"...kerana pasti kita dapat lihat gelombang Islam terus marak, satu masa nanti.

" Jadi nasihat saya jangan gopoh petik buah yang belum masak," katanya ketika menjadi panel di forum perdana Kebangkitan Islam, Di Manakah Peranan Kita? di sini, malam ini.

Mengulas lanjut, Nasrudin turut mengingatkan masyarakat Islam amnya tidak berpisah daripada Islam serta berusaha menegakan Islam di mana sahaja.

"Kita mesti tegakan Islam, walau dalam keadaan apa pun.

"Kerana nabi mengajar kita supaya konsisten dengan Islam," katanya.

Turut menjadi panel dalam forum tersebut ialah Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas, Dr Riduan Mohamad Nor.

Tiada ulasan: