Suhaizan Suhaizan
 
 
 
JOHOR BAHRU – Pemuda Pas menyifatkan kenaikan kadar tol di Pusat Pemeriksaan Woodlands kepada semua kenderaan kecuali motosikal yang keluar dari Singapura, berkuat kuasa 1 Oktober ini, sama seperti konsep pasaran hartanah.

Sambil memberi contoh, Ketua Pemudanya, Suhaizan Kayat berkata, signifikan perkara itu adalah jika berlaku kenaikan nilai hartanah di sesuatu kawasan, ia menyebabkan lokasi berhampiran turut berlaku perkara sama.

Menurutnya, justeru kenaikan kadar tol baharu di Pusat Pemeriksaan Woodlands Singapura seperti diumumkan kerajaan republik itu dilihat seperti ada kaitan dengan kenaikan tol di Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (KIK) di Bangunan Sultan Iskandar, di sini, pada 1 Ogos lalu.

“Rakyat Malaysia sudah tentu menjadi mangsa keadaan dalam isu kenaikan tiga elemen yang naik dalam tempoh terdekat sepanjang tahun ini membabitkan tol baharu EDL,  Permit Kemasukan Kenderaan Asing (VEP) dan tol baharu Singapura.

“Pemuda Pas menggesa kerajaan Malaysia supaya menggunakan hubungan diplomatik sedia ada untuk  membincangkan isu ini selain mencari jalan penyelesaian dalam mengurangkan beban ditanggung rakyat negara ini khususnya yang bekerja di republik berkenaan,” katanya, di sini semalam.

Beliau berkata demi Rakyat Malaysia sudah tentu menjadi mangsa keadaan dalam isu kenaikan tiga elemen yang naik dalam tempoh terdekat sepanjang tahun ini membabitkan tol baharu EDL, Permit Kemasukan Kenderaan Asing (VEP)  dan tol baharu Singapura." - Suhaizan kian ketika diminta mengulas tindakan Kerajaan Singapura menaikkan kadar tol di Causeway Woodlands Checkpoint kepada semua kenderaan kecuali motosikal yang keluar daripada negara berkenaan berkuat kuasa 1 Oktober ini.

Suhaizan turut menolak dakwaan kononnya tindakan Kerajaan Singapura itu sebagai membalas dendam di atas ke keputusan kerajaan menaikkan kadar tol di KIK.

Mengulas lanjut perkara itu, beliau berkata, disebabkan kenaikan tiga komponen itu, rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dijangka terpaksa menanggung kos lebih RM100 sehari. “Sudah tentu ia satu bebanan amat besar bagi mereka yang memandu untuk ke Singapura,” katanya.

Sebelum ini, sesetengah pihak khususnya pengusaha pengangkutan awam dan pekerja tempatan ke Singapura turut meramalkan apabila berlaku kenaikan tol di sebelah Malaysia akan berlaku situasi sama di Seberang Tambak.

Suhaizan mencadangkan supaya kerajaan Malaysia menyemak semula kadar tol di KIK Bangunan Sultan Iskandar sementara proses perbincangan dengan Kerajaan Malaysia-Singapura berjalan.

“Kerajaan perlu kurangkan dahulu tol di sebelah kita dahulu kerana ia lebih mudah. Ini kerana tol di seberang tambak adalah di bawah bidang kuasa Singapura, sudah tentu perbincangan ini memerlukan masa.

“Sebelum ini juga, saya tegaskan sebenarnya kenaikan tol di KIK disebabkan adanya Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) adalah tidak munasabah.

Ini kerana tidak semua pemandu yang ke Singapura dan terbeban dengan kadar baharu di KIK, menggunakan EDL,” katanya di sini.

Beliau juga memberitahu,sekiranya kos ditanggung rakyat begitu tinggi, maka akan menyebabkan satu keputusan drastik diambil seperti berhenti kerja di Singapura kerana terlalu tertekan dengan perbelanjaan besar.