Ahad, 7 September 2014

Isu MB: Satu sidang media, 2 jawapan PAS

MALAYSIAKINI


 


Timbalan Presiden Mohamad Sabu berkata, PAS akan menolak walaupun istana memilih anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka sebagai menteri besar baru Selangor.

"Kita tolaklah," katanya.

Bagaimanapun, dalam sidang media sama, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, PAS akan bersetuju dengan apa sahaja pilihan sultan.

Katanya, PAS menyerahkan isu itu untuk diputuskan sultan akan akan menerima apa sahaja keputusan yang dibuat.

Mustafa bagaimanapun enggan menjelaskan sama ada PAS akan menolak jika sultan memperkenal wakil rakyat mereka sebagai menteri besar.

Ini kerana, katanya, beliau tidak mahu mengandaikan keputusan yang akan dibuat istana.

Katanya, PAS hanya menyerahkan nama dan ia bukan sebuah isu.

PAS sebelum ini mencalonkan pesuruhjaya negerinya di Selangor Iskandar Samad sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim, di samping dua lagi ADUN PKR.

PAS juga tidak langsung mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan timbalannya Azmin Ali yang diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa pusatnya sebelum ini.

Tiada ulasan: