Jumaat, 5 September 2014

Istana Selangor tegur PKR hantar satu nama calon MB sahaja

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic



SHAH ALAM: Istana Selangor telah menegur PKR kerana "tidak mengikut" titah sultan dengan hanya mengemukakan satu nama sahaja bagi jawatan menteri besar, kata sumber dalaman parti itu.
Teguran itu dibuat melalui surat yang dihantar oleh istana kepada ibu pejabat PKR semalam, lapor Malaysiakini.
 
"Ia (surat itu) untuk mengesahkan yang istana itu telah mendapat nama (Presiden PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon untuk jawatan MB, tetapi ia juga surat menegur parti itu kerana tidak menghantar dua lagi nama," kata sumber itu lagi.
 
Surat itu juga membayangkan tiada bantahan terhadap Wan Azizah (menjadi menteri besar) tetapi mereka tetap mahu dua nama lain, kata sumber itu lagi.
 
Kenyataan akhbar pertama selepas menerima surat dari istana, yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, telah ditarik balik.
 
Bagaimanapun, ia tidak menyebut apa-apa mengenai teguran pihak istana tersebut.
 
Sebelum ini, pihak istana meminta Pakatan Rakyat menghantar lebih daripada dua nama untuk jawatan itu.
 
Bagaimanapun, PKR dan DAP bertegas untuk hanya mencalonkan nama Wan Azizah, dengan alasan ianya selaras dengan konvensyen.

Tiada ulasan: