Jumaat, 5 September 2014

Hentikan perbelanjaan melampau demi selamatkan MAS

 
Menamatkan perkhidmatan 6,000 pekerja MAS tidak akan menyelesaikan masalah selagi syarikat tersebut tidak ditadbir oleh pengurusan yang betul.

mas_khazanah_300



PUTRAJAYA: Penyatakan pandangannya tentang isu MAS, aktivis terkenal, Chegubard mengatakan bahawa syarikat ini adalah sumber bagi kelompok tertentu dalam meraih kepentingan.

“Sebab itu akhirnya, MAS ini akan tetap diselamatkan juga. Macam mana nak selesai, kalau tender katering MAS untuk tempoh lebih 30 tahun, mereka tekan harga sehingga RM 45 ( satu hidangan).

Pernah satu ketika dahulu, seorang chef terkenal menggelarkan nasi lemak MAS sebagai nasi lemak telanjang.

“Disebabkan perbelanjaan melampau sebegini, saya rasa ia perlu dihentikan segera. Baru kita boleh selamatkan MAS.

“Kamu buang 6,000 pekerja MAS, ia tidak akan menyelesaikan masalah selagi MAS tidak ditadbir oleh pengurusan yang betul,” katanya.

Ketika ditanya mengenai krisis penamaan calon Menteri Besar Selangor yang baru, beliau meluahkan rasa kecewa terhadap Pakatan Rakyat kerana beranggapan rakyat mengundi Pakatan Rakyat bukan untuk melihat krisis yang tidak berkesudahan ini.

“Rakyat telah kecewa dengan pemerintah yang ada sebelum ini, sebab itu mereka mengundi Pakatan dengan harapan pemerintahan dan pengurusan yang lebih baik. Saya tidak nafikan ada beberapa peringkat masalah yang telah selesai.

“Saya merupakan anggota yang digantung oleh KEADILAN, tetapi persoalan dia adalah bagi pihak kelompok pemuda, jangan bagi anak-anak muda di Malaysia bosan.

“Untuk pihak berkenaan, duduk dan bincang, jangan ego dan jangan sombong, Mengenai persoalan Menteri Besar yang bakal dipilih, mereka tidak kelihatan solid dalam menyelesaikan masalah ini, sama ada dalam Pakatan Rakyat atau KEADILAN itu sendiri,” akhirinya.

Tiada ulasan: