MALAYSIAKINI
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencabar golongan yang
berselisih pendapat dalam PAS agar keluar parti untuk menubuhkan gerakan
sendiri.
Dengan nada berseloroh, beliau mengumpamakan golongan tersebut sebagai pengacau seperti nyamuk yang mengganggu tidur.
"Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti
sila, baik dia keluar dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk
dalam," ujarnya disambut dengan laungan takbir.
"Kalau duduk dalam, kalau ada nyamuk seekor tak jenera (lena) tidur kita
pun, itu dia, senang nak tubuh parti, sila,” katanya seperti dipetik
dalam laporan lidah parti itu, Harakahdaily hari ini.
Beliau dilaporkan berkata demikian ketia dalam satu program dialog di Rusila, Terengganu semalam.
Menurut laporan Harakahdaily semalam, Hadi turut ditanya mengenai
ura-ura penubuhan parti baru dengan nama Parti Ummah Sejahtera Malaysia
(Pasma).
Hadi bagaimanapun berkata beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan