Selasa, 16 September 2014

Cari barang jumpa mayat

 
Mayat bayi malang itu ditemui oleh seorang lelaki Orang Asli yang sedang mencari barangan lusuh di kawasan itu.


bayiJOHOR BAHRU: Mayat seorang bayi lelaki yang masih lagi bertali pusat dijumpai jam 9.30 pagi tadi di tapak pelupusan sampah di Tanjung Merit, Mersing.

Menurut Ketua Polis Daerah Mersing DSP Zulkepli Hashim, mayat bayi malang itu dijumpai oleh seorang lelaki Orang Asli yang sedang mencari barangan lusuh di kawasan itu.

“Mayat bayi itu ditemui dalam keadaan berbungkus dengan surat khabar dan beg plastik,” katanya.

Zulkepli tidak menolak kemungkinan mayat itu baharu diletakkan di tapak pelupusan itu berdasarkan keadaannya yang masih elok.

Mayat bayi itu dibawa ke Hospital Mersing untuk bedah siasat dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Orang ramai diminta menghubungi hotline polis Johor di talian 07-2212999 atau mana-mana balai polis berhampiran sekiranya mempunyai sebarang maklumat.

Tiada ulasan: