Rabu, 10 September 2014

Baucar Jom Shopping kepada 17,300 sempena Deepavali

Oleh: AFEEQA AFEERA


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan mengagihkan baucar Jom Shopping kepada 17,300 penerima berbangsa India sempena sambutan Deepavali yang akan berlangsung pada Oktober depan.

Exco Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata program itu adalah kesinambungan kepada program yang pernah dianjurkan sebelum ini setiap kali menjelangnya musim perayaan.

MB jom shopping 31 jul 01Katanya baucar berkenaan akan diagihkan kepada penerima di setiap DUN berdasarkan beberapa kategori yang ditetapkan.

“Jumlah pengundi yang kurang daripada 10,000 kita akan beri 300 baucar untuk setiap Dun manakala tambahan 100 baucar akan dibuat bagi jumlah pengundi melebihi 10,000 dan 15,000.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 52 DUN akan menerima 300 baucar, tiga DUN akan menerima 400 baucar sementara hanya satu DUN sahaja akan terima 500 baucar iaitu di Seri Andalas,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco hari ini.

Beliau berkata jumlah penerima baucar bagi tahun ini juga meningkat berbanding 13,900 penerima pada tahun lalu.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa had operasi bagi pusat mencuci kenderaan yang berkuatkuasa sebelum ini ditamatkan serta-merta.

“Penamatan had masa pusat cuci kereta kerana Selangor pada ketika itu memiliki sumber air mentah yang terhad, tetapi kita putuskan ia ditamatkan dan mereka boleh meneruskan aktiviti seperti biasa,” katanya lagi.EZY

Tiada ulasan: