MALAYSIAKINI
Sejumlah 11 pelajar antara 54 rakyat Malaysia terkandas di dalam banjir
yang melanda Jammu dan Kashmir di India telah diselamatkan dan
diterbangkan keluar dari sana.
Difahamkan 11 pelajar wanita itu mendarat di New Delhi pada Selasa. Ada
di antara mereka yang dijangka kembali ke Malaysia untuk bersama
keluarga masing-masing.
Empat puluh tiga rakyat lagi warga Malaysia, dengan 26 daripada mereka
adalah pelajar yang masih berada di sana berada dalam keadaaan selamat.
Konsul Jeneral Malaysia di Chennai, Chitra Devi Ramiah sedang bekerja
sama dengan pihak berkuasa di India untuk membawa mereka keluar dengan
selamat.
Banjir yang melanda wilayah Himalaya itu setakat ini meragut 200 nyawa
dan memusnahkan jambatan, prasana telekomunikasi dan menyebabkan bekalan
elektrik dan air terputus.
Majoriti rakyat Malaysia terperangkap di Srinagar, ibu negeri Jammu dan
Kashmir yang merupakan antara kawasan yang paling teruk dilanda banjir.
Media India melaporkan kira-kira 23,000 orang telah diselamatkan setakat
ini, sementara 700,000 orang masih terperangkap di bandar itu yang
kebanyakan kawasan masih ditenggelami air. -Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan