Sabtu, 6 September 2014

Anggota RUM tunggu masa diberhentikan kerja

MALAYSIAKINI



 


Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja KTMB (RUM), Abdul Razak Md Hassan berkata, beliau percaya saki-baki anggotanya yang menyertai piket Mei lalu kini hanya menunggu masa untuk diberhentikan kerja oleh majikan mereka.

KTMB kini bertindak memberhentikan pekerja tersebut sedikit demi sedikit, katanya yang turut dikenakan tindakan sama, 29 Ogos lalu.

Terbaru, seramai tiga orang pekerja KTMB diberhentikan kerja tanpa notis, menjadikan jumlah pekerja yang dikenakan tindakan tersebut seramai lima orang setakat ini, katanya.

Tiga individu itu ialah wakil pembantu trafik Muhammad Faizal Shahibul Kiraya, wakil jawatankuasa RUM Kuala Lumpur Zahit Zakaria dan pengerusi RUM cawangan Ipoh Mohamad

Yusuf
Mohamed Rashid.

“Setiap hari pekerja akan diberhentikan sehingga mencapai jumlah 110 orang,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Jelasnya, 110 orang pekerja itu merupakan individu yang berjaya dikesan oleh pihak pengurusan KTMB sebagai peserta piket 9 Mei.

Katanya, pihak pengurusan bertindak demikian kerana menganggap tindakan industri tersebut melanggar undang-undang.

“Mereka (pengurusan KTMB) tiada kuasa untuk berkata begitu dan tindakan mereka ini mendahului kuasa mahkamah,” katanya.

Beliau memetik kandungan Sekyen 4 Akta 177, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang menggariskan bahawa syarikat tidak berkuasa untuk menghalang aktiviti kesatuan.

Beliau menegaskan bahawa RUM juga tidak akan merayu untuk mendapatkan semula jawatan masing-masing.

“Kami berada di pihak yang benar,”  katanya yang turut bercadang untuk mengemukakan tuntutan di mahkamah.

Tiada ulasan: