Isnin, 15 September 2014

Akta Hasutan: Hanya Idris Jala yang berani, menteri lain pengecut

mansuh akta hasutan


Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Hanya seorang menteri kabinet iaitu Datuk Seri Idris Jala yang berani menyatakan pandangannya menbantah penggunaan Akta Hasutan terhadap pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Profesor Dr Azmi Sharom.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam kenyataannya hari ini mencabar barisan menteri kabinet yang lain untuk mengikut jejak langkah Idris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

“Bagaimana dengan Menteri-menteri yang lain? Adakah mereka semua pengecut dan tidak berani bersuara menentang penggunaan Akta Hasutan kepada hampir sesiapa sahaja yang tidak menyebelahi pihak berkuasa?, kata Kit Siang dalam satu kenyataan.

Dalam satu siri kiriman di laman mikro twitter semalam, Idris menulis, ‘kebebasan akademik diperlukan untuk mengejar ilmu pengetahuan’.

“Azmi Sharom tidak sepatutnya didakwa kerana menghasut. Kebebasan Akademik diperlukan dalam menuntut ilmu.

“Malaysia perlu terus mengejar kesederhanaan. Kritikan yang membina (atau) perbezaan pendapat harus dibenarkan selagi ia tidak melakukan kesalahan hingga merosakkan masyarakat kita,” tulis Idiris di akaun twitter @IdrisJala_.

Tambah Kit Siang, meskipun melakukan tindakan yang wajar dipuji kerana menentang tuduhan dibawah Akta Hasutan keatas Azmi, namun Idris dilihat tidak mempunyai keyakinan untuk mengakui bahawa kritikan yang membina dan perbezaan pendapat adalah teras kepada perubahan.

Katanya, serangan bertubi-tubi terhadap pihak yang mempunyai pandangan berbeza dengan pemerintah terbukti melalui siasatan dan pendakwaan terhadap lebih 20 indiviidu yang terdiri dari ahli politik Pakatan Rakyat, wartawan, peguam, aktivis sosial dan ahli akademik.

Kit Siang mendesak kabinet menteri mengambil pendirian dalam mesyuaratnya Rabu ini untuk menghentikan penggunaan Akta Hasutan yang menimbulkan suasana menakutkan selepas zaman gelap pentadbiran Dr Mahathir dan menjadikan Malaysia negara ‘demokrasi terbaik dunia’.

“Keadilan, kesaksamaan, keharmonian antara kaum, hak asasi manusia, demokrasi, kedaulatan undang-undang dan tadbir urus baik adalah nilai yang menentukan sama ada Malaysia terjerumus sebagai negara kuku besi, atau maju dengan lebih bebas, demokratik dan makmur,” ujarnya. – Roketkini.com

Tiada ulasan: