Khamis, 4 September 2014

Ahli politik Sabah pula didakwa menghasut

MALAYSIAKINI


 


Anggota Parti Reformasi Negeri (Star) Sabah David Orok menjadi ahli politik terkini didakwa bawah Akta Hasutan 1948 selepas didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad dalam
Facebook
dua bulan lalu.

Menurut The Star, Orok didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini.

Beliau didakwa membuat kenyataan itu di sebuah rumah di Tuaran pada 4 Julai lalu.

Beliau dilaporkan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan.

Hakim Ummu Kalthom Abd Samad menetapkan bayaran ikat jamin RM7,000.

Beliau juga dikehendaki menyerahkan pasportnya dan melaporkan diri di balai polis Tuaran seminggu sekali sehingga kesnya didengar,” lapor The Star.

Tarikh perbicaraan masih belum ditetapkan.

Tiada ulasan: