Selasa, 2 September 2014

Abdul Khalid: “MB baru kena utamakan pentadbiran melebihi kepentingan diri, keluarga”

Oleh: NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM: Tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Menteri Besar Selangor bukan satu tugas mudah tetapi menuntut banyak pengorbanan termasuk kepentingan terhadap diri sendiri dan keluarga.


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, memberi keutamaan terhadap tanggungjawab seorang pentadbir kepada rakyat berbanding keluarga sendiri  itu adalah selaras dengan konsep 3K iaitu ketelusan, kebertanggungjawaban dan keupayaan, ciri yang diperlukan oleh seorang Menteri Besar.

mb3728a543b477098a4848e499317bdbbd_XL

“Saya ingat tiga konsep yang paling penting iaitu ketelusan, kebertanggungjawaban dan keupayaan. Jadi sesiapa pun yang akan memimpin negeri Selangor ini mesti menerima hakikat ketelusan.

“Maknanya rakyat boleh menyoal dan mengetahui tentang selok belok tentang perancangan dan perlaksanaan. Negeri Selangor sebelum 2008 melakukan usaha-usaha dan kerja secara rahsia tetapi  untuk menentukan kejayaan Negeri Selangor itu, ketelusan itu diutamakan. Rakyat memantau  pemimpin itu setiap masa.

“Kedua sudah tentulah keupayaan. Keupayaan itu pemimpin yang berupaya. Pemimpin yang sanggup menggadaikan masa beliau dengan mengutamakan pentadbiran untuk rakyat daripada pentadbiran untuk diri sendiri dan keluarga dan akhir sekali tentulah pemimpin yang bertanggungjawab. Dia bertanggungjawab atas keputusan yang dibuatnya dan dia juga kertanggungjawab tentang hasil perlaksanaannya,” kata Abdul Khalid.

Abdul Khalid berkata demikian kepada Selangor Kini dalam satu temubual khas sempena kemerdekaan di Pejabat Menteri Besar Selangor pada Jumaat lalu.

Sebelum ini, Abdul Khalid mengadap Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor bagi memohon perkenan perletakkan jawatan beliau sebagai Menteri Besar.

Bagaimanapun baginda Sultan Selangor menangguhkan perletakkan jawatan Abdul Khalid sehingga seorang Menteri Besar yang baru dilantik.EZY

Tiada ulasan: