Khamis, 4 September 2014

41 pelajar Sekolah Menengah Sultanah Bahiyah keracunan

 
Kesemua pelajar tersebut terpaksa ditahan buat sementara waktu sehingga keadaan mereka pulih. 

keracunan makanan2


KEDAH: Empat puluh satu murid pelajar tingkatan 1 hingga 5 Sekolah Menengah Sultanah Bahiyah Alor Setar telah dikejarkan ke hospital semalam setelah dikatakan mengalami sakit perut dan muntah-muntah.
Insiden ini berlaku selepas mereka diberi air kotak percuma kira-kira jam 6 petang.

“Kesemua pelajar tersebut terpaksa ditahan buat sementara waktu sehingga keadaan mereka pulih,” kata Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah, Datuk Dr Juita Ghazalie.

Pada jam 9.30 malam, 15 pelajar dibawa oleh guru ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut selepas keadaan mereka semakin teruk.

Setengah jam kemudian, ambulans terpaksa digerakkan untuk mengambil lebih ramai pelajar yang turut mengadu mengalami simptom sama.

Pihak hospital telah mengambil keterangan pelajar terbabit dan mengambil sampel air minuman kotak itu untuk pemeriksaan lanjut.

Tiada ulasan: