Isnin, 1 September 2014

135 anggota PPS akan dibebas tengah malam

MALAYSIAKINI


 


Seramai 135 anggota Unit Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS), termasuk pengerusinya yang juga ahli exco kerajaan negeri, Phee Boon Poh, akan dibebaskan tengah malam ini, kata peguam Gobind Singh Deo petang ini.

Gobind berkata proses dokumentasi sedang dilakukan untuk pembebasan anggota PPS terbabit.

Beliau diiringi 21 peguam dari DAP, PKR dan Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam dan mereka berjaya masuk ke dalam Mahkamah Majistret untuk  perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di Jalan Patani kira-kira jam 12:30 hari ini.

"Polis memohon untuk menahan reman mereka selama empat hari, tetapi kerana mereka perlu menyediakan dokumentasi, maka tahanan akan dibebaskan, buat sementara waktu, dengan jaminan polis hari ini.

"Majistret mendengar permohonan oleh tahanan untuk mendapatkan pembebasan mereka," kata Gobind.

Bagaimanapun, para peguam berkenaan tidak dimaklumkan mengenai sebab sebenar permohonan reman tersebut.

Hakim Sesyen Mohamad Izwan bertindak sebagai majistret untuk mendengar perkara itu, manakala pegawai polis ASP Karuna mengemukakan permohonan reman tersebut.

Barisan peguam tersebut keluar kira-kira jam 3 petang dan disambut oleh penyokong yang bertepuk tangan gembira apabila mendengar mengenai pembebasan sementara para tahanan

Tiada ulasan: