Jumaat, 22 Ogos 2014

Wanita PKR kecewa Khalid fail aduan pada ROS

MALAYSIAKINI


Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin hari ini berkata, beliau kecewa dengan tindakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memfailkan aduan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung pemecatannya daripada parti itu.

Katanya, Khalid tidak sepatutnya berbuat demikian dan lebih bertanggungjawab dengan meletakkan jawatannya seperti yang diarahkan oleh parti.

"Secara peribadi ramai di antara kami yang kecewa. Kerana semua peluang dan jawatan yang kita bagi pada dia. Dia patut tahu yang organisasi politik yang meletakkan dia di situ. Dia sepatutnya meletakkan jawatan dia sendiri.

"Tapi kita memang sangat sedih. Kita tak seronok untuk buat semua ini tapi kita terpaksa berdepan juga dengan situasi ini," katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian Kongres Wanita PKR di Shah Alam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada parti itu kecewa atau tidak dengan tindakan Khalid yang membuat aduan kepada ROS berhubung pemecatannya.

Tiada ulasan: