Jumaat, 15 Ogos 2014

Wanita 'Buli' Warga Emas Cina Sertai PERKASA

RAKYATNEWS


alt
 


KUALA LUMPUR - Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin, wanita yang dipaparkan menerusi video di Youtube membuli seorang warga emas berbangsa cina dilaporkan menyertai Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Negeri Selangor.

PERKASA Selangor dalam satu kenyataan di laman facebooknya berkata, beliau yang lebih dikenali dengan Kiki telah menerima kad keahliannya dari NGO itu semalam.

"Setiausaha kehormat PERKASA Selangor telah menyampaikan kad dan sijil keahlian kepada dua ahli baru Siti Fairrah Ashyikin binti Kamaruddin (Kiki) dan Mohd Syahidzuan bin Samsudin di pejabat PERKASA Selangor," katanya.

Mengiringi pengumuman ialah gambar Kiki, yang merupakan seorang mak andam, memakai baju PERKASA.

Sebelum ini,  Kiki, yang dirakam membuli seorang warga emas di kawasan tempat letak kereta di Kuantan pernah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Dalam insiden itu, Kiki yang memandu kereta Peugeot putih bertindak membuli pesara yang terlanggar keretanya.

Tindakan tersebut telah dikecam beberapa pihak yang menganggap ianya satu diskriminasi perkauman dengan membandingkan beberapa kes yang sama melibatkan kaum cina yang bertindak menyerang beberapa individu berbangsa Melayu termasuk anggota polis.

Tiada ulasan: