Sebahagian pengidap vidus Ebola ditenmpatkan di khemah khas. - Foto AFP Sebahagian pengidap vidus Ebola ditenmpatkan di khemah khas. - Foto AFP


GENEVA - SWITZERLAND. Pihak berkuasa dilaporkan perlu mengambil tempoh enam bulan bagi mengawal penularan virus Ebola di Afrika Barat.

Ketua Doktor Medecin Sans Frontieres (MSF) Joanne Liu berkata, tempoh itu diperlukan kerana virus terbabit merebak dengan pantas berbanding keupayaan untuk mengendalikannya.

"Skala virus yang dibuat adalah tinggi dan langkah luar biasa diperlukan untuk mengawal penyakit itu secepat mungkin," katanya dipetik Reuters

Menurutnya, angka terbaharu diumumkan agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan, jumlah kematian berpunca daripada virus itu dalam tempoh empat dekad meningkat kepada 1,145 orang membabitkan Guinea, Liberia, Nigeria dan Sierra Leone.

Sementara itu, langkah mengkuarantin kawasan terjejas akibat penularan virus itu menyebabkan harga makanan ruji seperti nasi dan keperluan asas lain meningkat mendadak.

Bagi mengelakkan ancaman kebuluran, Agensi Bantuan PBB merancang pengagihan konvoi makanan selepas Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memberi amaran penularan virus itu akan berlarutan sehingga beberapa bulan lagi.