Ahad, 17 Ogos 2014

[VIDEO] Azmin Tarik Diri, Pakatan Hanya Hantar Nama Wan Azizah Sebagai MB

KELAB GREENBOC





Pakatan akhirnya terima Azizah calon tunggal

Pakatan Rakyat akhirnya memutuskan untuk mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sahaja sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Perkara itu baru diputuskan dalam mesyuarat majlis presiden PKR, DAP dan PAS di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor sebentar tadi.

"Majlis Pimpinan (Pakatan) juga mengambil maklum dan menghargai pencalonan Wan Azizah dan Azmin Ali untuk jawatan senteri besar.

"Bagaimanapun Azmin menegaskan bahawa beliau kekal menyokong keputusan PKR untuk menamakan Wan Azizah sebagai calon menteri besar baru Selangor," kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media sebentar tadi.

Mesyuarat PKR sebelum itu telah memutuskan untuk tetap menyokong Wan Azizah seperti yang diputuskan parti 21 Julai lalu.

PAS pada tengah hari telah meminta satu lagi nama iaitu Azmin untuk dicalonkan sebagai menteri besar bersama Wan Azizah.

Justeru Anwar berkata PKR akan meneruskan proses memohon menghadap sultan Selangor untuk mempersembahkan keputusan itu kepada baginda secepat mungkin.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata PAS akur dengan keputusan itu selepas Azmin bersetuju mengikut keputusan parti.

"Dua calon dah ada di sini dan selepas mesyuarat tadi Azmin hormati keputusan partinya," kata Mohamad ringkas.




LIHAT VIDEO DI SINI

Parti lebih penting daripada jawatan MB,kata Azmin

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata, beliau sanggup mengorbankan jawatan menteri besar Selangor demi memberi keutamaan kepada kepentingan parti.

Azmin dicalonkan sebagai menteri besar Selangor bersama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail oleh PAS awal hari ini bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Bagi saya parti lebih utama. Saya bercakap dengan rakan-rakan pimpinan, kita mesti bekerja untuk PKR tanpa mengira apa sekalipun," kata Azmin ketika ditemui pemberita selepas sidang media pimpinan Pakatan Rakyat (PR) di Subang Jaya, Selangor petang ini.

Azmin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa berkata, PR akan lebih bersatu padu selepas krisis membabitkan isu penggantian menteri besar di Selangor ini.

"Saya percaya, selepas krisis ini, PR dan PKR akan lebih kuat," katanya.

Ditanya sama ada beliau masih ingin menjadi menteri besar, jawabnya: "Saya tidak memaksudkan demikian, saya hanya mengulangi komitmen parti."
-TMI

LIHAT VIDEO SINI

ULASAN GB

Demikianlah harmonisnya selesai kemelut yang melanda Pakatan.

Dengan keputusan Pakatan Rakyat tersebut, ini juga bererti kesemua 15 orang ADUN PAS di Selangor perlu memberikan sokongan kepada Dr Wan Azizah sebagai MB Selangor mengikuti jejak langkah dua orang YB PAS yang dituduh "pengkhianat" oleh sesetengah pihak sebelum ini. kesemua ADUN PAS wajib mematuhi keputusan Jawatankuasa PAS Pusat yang hanya mencalonkan Dr. Wan Azizah dan Azmin Ali sbeelum ini dan kini setelah Azmin menarik diri, maka mereka perlu menyokong Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal MB dari Pakatan Rakyat.

Memang benar apa yang dinyatakan oleh YB Saari Sungip sebelum ini.

Saari berkata, mereka berdua (beliau dan YB Hasnul Baharuddin) berbuat demikian kerana "dasar PAS yang bersama-sama Pakatan Rakyat".

"Saya bergerak dari satu asas iaitu polisi dan dasar PAS untuk bersama-sama Pakatandan polisi ini saya sokong untuk membolehkan Pakatan terus memerintah dan mentadbir Selangor," kata Saari.

Menurutnya, beliau yakin baki 13 orang ADUN PAS lain akan menurut jejak langkah beliau.

"Saya percaya rakan-rakan ADUN dari PAS juga akan mengambil langkah yang sama,"

Saari juga yakin mesyuarat ahli Jawatankuasa Pusat PAS pada 17 Ogos ini akan memutuskan untuk terus berada bersama Pakatan.

"Saya yakin selepas 17 hari bulan, sekiranya benar apa yang saya yakini PAS tidak akan berganjak daripada Pakatan Rakyat.

"Saya anggap memperkukuhkan Pakatan di Selangor tidak bertentangan dengan PAS," katanya

Dengan sokongan tersebut sekarang kedudukan Pakatan Rakyat yang menyokong Wan Azizah ialah 15 (DAP) + 15 (PKR) + 13 (PKR) = 43. Sedangkan di satu pihak lagi UMNO (12) + Bebas (1) = 13.

Semuga Pakatan Rakyat terus bertambah kukuh dengan episod ini.

Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Sesungguhnya Allah tidak mensia-sia ornag yang telah banyak berbakti kepada parti meskipun masih ramai tidak mengetahui. Baca SINI.

Tiada ulasan: