Khamis, 21 Ogos 2014

Umno nafi 'surat 7 tuntutan' Dr M pada PM

MALAYSIAKINI


 


Umno menafikan laporan yang mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad telah menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum beliau membuat teguran terbuka yang keras terhadap Najib.

Dalam mesej teks kepada Malaysiakini, Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor (kanan) berkata tidak ada perkara seperti itu.

Lawanweb Asia Sentinel melaporkan bahawa Najib telah mengarahkan Tengku Adnan bertemu dengan Dr Mahathir dan menggesanya supaya menarik balik surat tersebut, yang kononnya mengandungi tujuh tuntutan.

Bagaimanapun, ia melaporkan, Dr Mahathir enggan berbuat demikian.

Asia Sentinel mendakwa surat itu yang dihantar dua tiga bulan lalu, dipetik kepada lamanweb oleh seorang ahli perniagaan yang mempunyai hubungan dengan Umno.

Pada hari Isnin, Dr Mahathir menulis di blog beliau, menyatakan kekecewaan terhadap kepimpinan Najib dan menyesal kerana menyokong beliau pada masa lalu.

Ditanya mengenai kritikan bekas perdana menteri itu terhadapnya, Najib hanya tersenyum dan mengelak soalan tersebut.

Tiada ulasan: