Selasa, 19 Ogos 2014

Umno-BN meneropong penuh minat krisis di Selangor


Oleh HAZAYANI ZAKARIA



BERMULA bulan Ramadan dan kini lebih setengah bulan Syawal, krisis Selangor masih belum berakhir sebaliknya semakin tegang.

Selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat daripada PKR 9 Ogos lalu dan keesokan harinya beliau me mecat enam exco daripada PKR dan DAP, situasi menjadi semakin rumit apa bila melibatkan pihak istana.

Rakyat khususnya di Selangor terpinga-pinga dan semakin tidak faham dengan situasi yang berlaku.

Bagi rakyat biasa, Khalid sudah mentadbir Selangor dengan baik dan tidak perlu kepada pertukaran menteri besar sekali gus menyatakan sokongan padu kepada Khalid dan bibit- bibit kebencian kepada Anwar Ibrahim dan Wan Azizah.

Dalam tidak sedar, krisis Selangor secara perlahanlahan menenggelamkan isu-isu rakyat dan jauh berkepentingan yang lain.

Misteri kehilangan MH370, tragedi malang MH17 yang belum selesai hatta serangan rejim Zionis ke atas Gaza menjadi semakin pudar dimakan kehangatan krisis Selangor.

Sedangkan krisis Selangor bukanlah isu asli yang memerlukan perhatian semua orang sebaliknya dilihat ‘permainan’ dan percaturan politik yang dicipta pihak yang berkepentingan.

Tidak kiralah salah PKR, PAS atau DAP sekalipun, Pakatan Rakyat sewajarnya menyelesaikan krisis ini dengan bijaksana tanpa memberi peluang walau sebesar zarah pun kepada Umno-BN untuk campur tangan dalam rumah tangga me reka.

Sebaliknya, pemimpin Pa katan Rakyat sendiri seolah- olah hilang fokus terhadap kebajikan rakyat aki bat terlalu sibuk menyelesaikan krisis Selangor yang akan memberikan kesan jangka panjang kepada masa depan politik mereka.

Usahkan hendak memberi tumpuan kepada isu gelandangan yang terpinggir di negara sendiri, isuisu besar seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) nampaknya sudah tenggelam.

Kerajaan melalui media arus perdana pula ketika ini sedang galak mempromosikan kebaikan GST.

Isu Kampung Chubadak Tambahan, Kuala Lumpur, Kampung Melayu yang dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) beberapa hari sebelum Ramadan juga sudah terkubur.

Bagi Pakatan Rakyat yang sebelum ini kelihatan menyokong pemerintahan Erdogan di Turki seharusnya mencontohi Presiden Reccep Tayyip Erdogan yang membawa rakyat Gaza ke Turki untuk mendapatkan rawatan.

Pakatan Rakyat nampaknya belum mampu memberikan tekanan kepada per dana menteri untuk mem bantu rakyat Palestin dengan lebih serius.

Badan Bukan Kerajaan (NGO) ternyata jauh ke hadapan dalam membantu rakyat Palestin yang dizalimi.

Menangguk di air keruh Bagai menangguk di air keruh; inilah peribahasa yang sesuai diungkap bagi menggambarkan sikap media arus perdana dalam melaporkan krisis Selangor.

Sejak bermulanya krisis Selangor sehingga sekarang, media arus perdana sama ada elektronik atau cetak, mengambil kesempatan yang bukan sedikit untuk memanaskan lagi situasi.

Media pro Umno dilihat lebih berpihak kepada Khalid dengan meletakkan Khalid sebagai watak yang teraniaya dan mencetuskan sikap tidak senang rakyat kepada Anwar, Azizah dan penyokong-penyokongnya.

Laporan-laporan mereka banyak mengutip katakata pemimpin-pemimpin Umno dan pihak yang mesra Umno yang memuji pentadbiran Khalid dan menyifatkan ‘kumpulan Anwar’ ingin merampas kuasa.

Sebagai contoh, laporan Utusan Malaysia bertarikh 14 Ogos lalu menyiarkan pandangan Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) yang menyifatkan Pakatan Rakyat sebagai ‘kemaruk nafsu’ yang ingin menyingkirkan Khalid.

Sebaliknya media rasmi parti seperti Harakah, Suara Keadilan dan Roket Kini terpaksa mengambil jalan te ngah dan berhati-hati da lam mengeluarkan sebarang berita kerana tidak boleh berpihak kepada mana- mana kumpulan dalam Pakatan Rakyat.

Hal ini lebih memberi peluang kepada media pro Umno untuk ‘mencucuk jarum’ bagi memastikan kemusnahan Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan: