Lokasi pesta berkenaan diadakan. Lokasi pesta berkenaan diadakan.


TELUK BAHANG - Penduduk di sini kesal kerana ada yang mendoakan supaya kawasan mereka ditimpa bala ekoran isu pesta sukan bogel di situ.

Rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi dan memberikan komen mereka di dalam laman sosial.

Antara komen paling popular ialah mengaitkan kemungkinan turunnya bala seperti tsunami di Teluk Bahang.

Penduduk, Nor Ariffin Mohammad, 43, berkata, tidak dinafikan kawasan berkenaan pernah ditimpa kejadian Tsunami.

“Namun seeloknya janganlah orang ramai doakan kami sekali lagi ditimpa bencana sama, sebaiknya kita doakan perkara yang baik-baik.

“Kami sebagai penduduk sendiri memang tidak mahu ia terjadi tetapi ia di luar pengetahuan orang kampung,” katanya.

Sekiranya acara berbogel itu diketahui penduduk kampung di situ berkemungkinan ada yang sudah membawa parang dan mengamuk.

Sementara itu, nelayan Zabidi Ali berkata, orang kampung pasti akan mengamuk jika dapat tahu ada acara berbogel.

“Ini kawasan kami, kenapa hendak buat perkara tak menentu? Kita tidak mahulah disebabkan perbuatan tidak senonoh mereka, kami pula kena tempias,” katanya.