Rabu, 13 Ogos 2014

Tiga Bekas Exco Enggan Terima Dipecat

RAKYATNEWS


alt


 

SHAH ALAM - Tiga bekas Exco kerajaan negeri daripada DAP dan seorang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) setakat ini hadir ke pejabat mereka seperti biasa pada hari ini meskipun sudah dipecat oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam.

Mereka ialah Elizabeth Wong (PKR), V. Ganabatirau (DAP) dan Datuk Teng Chang Khim (DAP) dan Ean Yong Hian (DAP).

Elizabeth ketika bercakap kepada pemberita di lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pagi ini berkata, kehadirannya untuk menjalankan tugas biasa, namun tidak akan turut serta dalam mesyuarat Exco hari ini.

Malah, beliau yakin kesemua enam Exco daripada PKR dan DAP yang dipecat akan hadir meneruskan tugas mereka seperti biasa .

Yong Hian pula berkata, beliau tidak menerima pemecatan tersebut selain menyifatkannya mengarut, tidak beretika dan serta tidak mengikut undang-undang.

Tiada ulasan: