Selasa, 12 Ogos 2014

Tian disiasat atas tuduhan menghasut, tapi didakwa aibkan polis

KEADILAN DAILY



KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan mengaibkan seorang pegawai polis dalam satu kejadian April lalu.

Tian atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, dituduh mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan atas tuduhan menghamburkan kata-kata kesat ke atas pegawai tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan, kata-kata kesat itu dihambur ke atas DSP Glenn A Sinappah yang cuba merampas telefon bimbitnya di Hotel Armada.

Tian_Chua_ipd_Dang_WangiNaib Presiden KEADILAN itu juga didakwa cuba menghalang kenderaan polis dari meninggalkan hotel berkenaan bagi mendapatkan kembali telefonnya.

Memetik Malaysiakini, Tian menyifatkan dakwaan tersebut sebagai penganiayaan politik ke atasnya dan mendakwa Peguam Negara sudah bersetuju untuk tidak menuduh beliau mengikut undang-undang hasutan.

“Ketika saya keluar dari satu majlis, polis tersebut tidak memperkenalkan diri dan mereka merampas telefon bimbit saya.

“Saya cuba menghalang mereka dan memaklumkan pada keselamatan hotel. (Polis) yang merampas telefon saya kemudian meminta saya pergi ke balai polis,” dakwanya.

“Saya disiasat atas dakwaan twit menghasut, yang mana tidak dijalankan, tetapi ini pula tuduhan yang dikenakan ke atas saya,” kata Tian.

Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat menetapkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin, dan menetapkan sebutan kes pada 11 September.

Tian diwakili peguam Michelle Yesudas.

Tiada ulasan: