Isnin, 18 Ogos 2014

Tangkap pembuang sampah haram dapat RM500

Oleh: LIZAWATI MADFA


SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memohon bantuan orang ramai melaporkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah secara haram.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan, berkata MBSA sedia menawarkan wang tunai RM500 kepada sesiapa yang berjaya membuat laporan hingga tertangkap.

Katanya, orang ramai boleh melaporkan kepada MBSA jika melihat pembuangan sampah secara haram di kawasan sungai, tepi jalan atau tempat yang tidak sepatutnya.

Tasik Sampah 3

“Orang ramai boleh buat panggilan pada kita, MBSA akan hantar penguatkuasa untuk datang buat tangkapan.

“Jika bahagian akaun lambat bagi duit, saya akan dahulukan duit sendiri sebagai ganjaran bantuan orang awam,” katanya, di sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Jaafar berkata, insentif wang tunai berkenaan bertujuan menggalakkan penyertaan orang ramai dalam membanteras aktiviti haram.

“Selain itu dapat juga kita memastikan persekitaran tempat yang didiami ini bersih dan sejahtera.

mbsa“Sampah yang tidak diproses di tempat sepatutnya bukan sahaja mencemar alam sekitar, bahkan boleh mendatangkan penyakit dan bahaya,” katanya.

Orang ramai yang mahu membuat aduan boleh menghubungi talian hotline MBSA dengan mendail 1-800-88-4477.-NFN-

Tiada ulasan: