Selasa, 12 Ogos 2014

Tangani isu MB S’ngor penuh hikmah, perkukuhkan Pakatan

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Negeri Sembilan menyarankan supaya isu pertukaran Menteri Besar Selangor ditangani serta diselesai dengan penuh hikmah selain memperkukuh Pakatan Rakyat di semua peringkat.
Pakatan_rakyat_logo_dan_bendera
“Pimpinan AMK dan DAPSY Negeri Sembilan menyarankan agar semangat serta gabungan Pakatan Rakyat dikukuhkan.

“Isu peralihan MB Selangor serta yang terkini pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai anggota KEADILAN perlu ditangani dengan penuh hikmah,” kata Ketua AMK, Mohd Nazree Yunus dalam kenyataan bersama Ketua DAPSY, Arul Kumar Jambunathan.

Pada peringkat ini, mereka juga menyarankan agar Abdul Khalid memberi kerjasama kepada KEADILAN dan Pakatan Rakyat bagi membolehkan peralihan jawatan itu berjalan lancar tanpa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

“AMK dan DAPSY Negeri Sembilan berharap agar polemik ini dapat diselesaikan secepat mungkin dengan baik agar kita dapat mengekalkan sokongan 52% rakyat Malaysia kepada Pakatan Rakyat pada PRU 13.

“Jika sebaliknya, ia akan menjadi laluan sukar buat Pakatan untuk merealisasikan impian rakyat Malaysia bagi membawa perubahan dalam landskap politik negara dengan menubuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat di peringkat Pusat dan Negeri Sembilan.

“Harapan kami agar isu serta polemik yang berlaku ini lebih mengukuhkan hubungan Pakatan Rakyat di semua peringkat,” kata mereka lagi.

Tiada ulasan: