Rabu, 6 Ogos 2014

Sudahkah PKR mendapat persetujuan Sultan untuk lantik MB baru? - Gerakan

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic



KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang mengingatkan PKR bahawa usaha mereka untuk menggantikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Dr Wan Azizah adalah menyalahi perlembagaan kerana tidak mendapatkan persetujuan Sultan Selangor.

"Jika perkara ini PKR masih belum lakukan, maka adalah terlalu awal untuk PKR menuntut Khalid meletakkan jawatan sebagai menteri besar. Jika tidak, kerajaan negeri akan melalui satu tempoh tanpa menteri besar," kata Tan dalam satu kenyataan kepada FMT.

Beliau berkata demikian merujuk kepada surat tunjuk sebab PKR kepada Khalid mengancam beliau dengan tindakan disiplin jika terus berkeras tidak meletak jawatan sebagai MB Selangor.

Tan berkata, "Pemuda Gerakan mengambil berat bahawa pertelingkahan dalaman semasa dalam PKR akan mempunyai implikasi yang serius dalam pentadbiran negeri Selangor. Jika perkara ini dibiarkan berpanjangan, ia akan menjejaskan keyakinan pelabur semasa dan masa depan negeri ini. "

Sambil mendesak PKR untuk mematuhi dan menghormati peruntukan dalam perlembagaan negeri Selangor, Tan berkata, "Di bawah Perkara 53 perlembagaan negeri Selangor, pelantikan Menteri Besar Selangor adalah hak Sultan.

"PKR harus mengelak daripada mewujudkan krisis perlembagaan negeri, sebagai tambahan kepada masalah dalaman semasa mereka," Tan mengingatkan.

Dalam surat tunjuk sebab itu, PKR menyatakan bahawa keputusan untuk menggantikan MB sekarang dibuat pada mesyuarat diadakan pada 21 Julai dan tindakan disiplin akan diambil terhadap Khalid jika beliau gagal untuk meletakkan jawatan.

Tiada ulasan: