Rabu, 20 Ogos 2014

Suami isteri didakwa 'songlap' duit penumpang MH37


mahkamah


KUALA LUMPUR - Seorang pegawai bank dan suaminya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi terhadap pelbagai tuduhan termasuk mencuri, memindah dan menggunakan dokumen palsu bagi mengeluarkan wang dari akaun empat mangsa MH370 membabitkan kira-kira RM110,643.

Tertuduh, Nur Shila Khanan, 33, dan Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, 33, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mat Ghani Alias.

Mahkamah membenarkan mereka diikat jamin sebanyak RM12,000 setiap seorang dan menetapkan 25 Ogos ini untuk sebutan semula kes itu.

Tiada ulasan: