Oleh Nathaniel Tan
Saya mempunyai satu soalan yang mudah. Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng masih memuji Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini, adakah anda fikir orang ramai akan mempunyai keraguan tentang integriti menteri besar ini?
Soalan ini membuatkan saya
berfikir tentang sama ada kita membentuk pendapat kita secara bebas,
atau sama ada kita membentuknya dengan tujuan mewajarkan kedudukan
bos, wira atau orang yang kita kebetulan gemari.
Tidak dinafikan ada yang akan rasa saya jatuh ke dalam kategori kedua, dan itu adalah nyata hak mereka.
Bagaimanapun perasaan saya adalah Pakatan Rakyat menyedari adanya
kerosakan yang serius berikutan krisis Selangor, dan mengambil jalan
yang lebih mudah dengan memesongkan sasaran ke arah seorang yang menjadi
sasaran kempen memburuk-burukkan besar-besaran – mungkin juga kerana
beliau bukan jenis yang melawan.
Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming adalah seorang kenalan lama dan
seorang yang bijaksana. Pada hari Isnin, beliau menulis sebuah artikel
dalam The Star yang bertanyakan kepada Khalid: Adakah ianya berbaloi?
Saya rasa adalah berbaloi buat Khalid untuk berpegang kepada
prinsip-prinsip beliau. Kita akan meneroka sebabnya di dalam rencana
ini.
Perenggan ketiga rencana Ong
menanyakan beberapa soalan marah, pada dasarnya membayangkan bahawa
Khalid merupakan punca keseluruhan krisis ini. Kesimpulan soalan-soalan
ini: Berbaloikah untuk hampir memecahbelahkan Pakatan?
Saya dapati ini sedikit lucu, memandangkan saya pada dasarnya bertanya
soalan yang sama terhadap Anwar. Dalam penilaian saya yang tidak
seberapa, Anwar yang sanggup mengorbankan Pakatan untuk menjadikan
isterinya Menteri Besar Selangor.
Sama ada Anwar berhak atau tidak untuk meneruskan jalan ini, saya kira
bergantung kepada sama ada anda berfikir yang Khalid adalah korup
ataupun tidak.
Seperti yang saya
telah tulis sebelum ini panjang lebar, terdapat dua kemungkinan. Sama
ada Anwar mencipta kempen untuk menjatuhkan Khalid kerana kontroversi
berkaitan Khalid, atau Anwar mencipta kontroversi berkenaan Khalid
kerana beliau mahu menjatuhkan Khalid, dan menggantikannya dengan
Menteri Besar yang lebih menurut perintah.
Ong menunjuk kepada dua kes secara khususnya: perjanjian air, dan kes
Bank Islam. Saya telah menulis mengenai kes-kes ini dan banyak lagi,
dan cuba yang terbaik untuk tidak menjadi radio buruk, tetapi bagi
menghormati artikelnya, saya akan merumuskan beberapa perkara.
Khalid percaya bahawa ada nilai yang adil untuk mengambil alih
syarikat konsesi air di Selangor. Anwar dan Rafizi Ramli seolah-olah
bersimpati dengan penyokong lama mereka, Wan Azmi Wan Hamzah dan
pandangannya bahawa syarikat konsesi air beliau, SPLASH memiliki nilai
10 kali ganda lebih tinggi dari apa yang Khalid percaya.
Saya telah berkata bahawa jika Anwar boleh berjanji bahawa MB baru
Selangor tidak akan membayar lebih dari RM250 juta untuk membeli SPLASH,
ini akan membuktikan bahawa motivasi mereka untuk menggantikan Khalid
adalah optimis.
Sudah tentu, baik
Anwar mahupun mana-mana penyokong beliau tidak dapat berjanji sebegini,
atau menjawab apa-apa soalan sekitar isu ini. Semua orang dengan
sengaja tidak menghiraukannya
Saya
percaya Khalid merasa bertanggungjawab kepada rakyat Selangor.
Kewajipan itu termasuk menghalang kroni dari menjarah wang negeri. Untuk
menetapkan harga pembelian yang adil bagi syarikat konsesi air, Khalid
menandatangani perjanjian dengan kerajaan persekutuan.
Jika sesiapa sahaja boleh membuktikan secara meyakinkan bahawa Khalid
telah mendapat faedah peribadi yang tidak beretika daripada perjanjian
ini, saya akan menjadi orang pertama yang berhenti menyokong Khalid.
Strategi mereka menuduh Khalid rasuah adalah serupa dengan seseorang
menuduh saya dengan berkata: "Awak telah berlaku curang kepada teman
wanita anda! Kini buktikan bahawa anda tidak melakukannya!"
Bagaimana saya boleh buktikan bahawa saya tidak curang? Bukankah
penuduh yang bertanggungjawab untuk membuktikan tuduhan ini? Adakah saya
perlu menyediakan butiran mengenai setiap pergerakan harian dalam
hidup saya, untuk membuktikan yang dakwaan tersebut tidak benar?
Prinsip yang sama terpakai dalam kes Bank Islam. Pengkritik Khalid
mengabaikan keperluan untuk mengemukakan bukti kukuh, dan bergantung
kepada tanggapan bahawa jika anda memalit lumpur dengan mencukupi,
sesetengah orang akan percaya bahawa sebahagian daripadanya akan
melekat.
Ong menulis bahawa beliau merasakan sebegini dan perjanjian air merupakan sebab yang cukup untuk mempersoalkan kesetiaan TSKI.
Sudah tentu kita semua bebas untuk mempersoalkan kesetiaan satu sama
lain. Bagaimanapun perhatikan, perbezaan antara mempersoalkan kesetiaan
dan merelakan sikap tidak acuh PKR terhadap prinsip keadilan asasi, dan
tindakan mereka menjadi hakim, juri dan algojo.
Sebab-sebab untuk memecat Khalid kerap berubah-ubah, dan sering kali
tidak masuk akal. Hakikat bahawa penyelesaian Bank Islam hanya
dimuktamadkan pada bulan Julai 2014, bukannya Feb 2014 tidak membantu
kes Ong atau meningkatkan keyakinan terhadap pembacaannya terhadap
dokumen-dokumen undang-undang itu.
Bagaimanapun kita semua menyedari bahawa Serampang Kajang dilancarkan
pada Januari 2014, dan sebelum pemuktamadan perjanjian air atau
penyelesaian kes Bank Islam.
Jadi
sekali lagi, adakah Anwar membuat promosi untuk menjatuhkan Khalid
kerana kontroversi berkaitan Khalid, atau adakah Anwar dan gengnya
mencipta kontroversi terhadap Khalid kerana beliau mahu menjatuhkan
Khalid?
Kisah ini nampaknya akan
berakhir, dan peranan Khalid dalam apa yang akan berlaku semakin kecil.
Saya dahulunya dengan naif berharap Pakatan akan memberi tumpuan
kepada masa depan dan masalah dalaman mereka sendiri, tetapi ia
seolah-olah lebih mudah bagi mereka menjadikan Khalid kambing hitam
untuk semua krisis mereka.
Masa
akan menentukan siapa yang betul. Selepas penggal beliau sebagai MB
berakhir, kita akan mempunyai banyak masa untuk membuat penilaian penuh
kerja Khalid, yang baik dan yang buruk.
Dalam pada itu, sehingga tuduhan terhadap beliau dapat menjadi lebih
daripada percubaan lemah memanipulasi keterangan mengikut keadaan,
Serampang Kajang mungkin tiada kaitan dengan Khalid, dan segala-galanya
dilakukan untuk membuat dana Selangor mengalir dengan lebih bebas.
Adakah berbaloi bagi Khalid untuk mengambil pendirian beliau itu? Saya
hanya boleh menjawab untuk diri sendiri, dan jawapan saya adalah ya.
Ia adalah berbaloi kerana satu hari nanti, Malaysia akan dapat
menunjukkan sekurang-kurangnya seorang lelaki dan berkata: ada seorang
negarawan yang melakukan tindakan yang benar, dan bukannya apa yang
mudah.
NATHANIEL TAN gembira kerana sudah melihat cahaya di penghujung jalan. Beliau menulis tweet di @NatAsasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan