Rabu, 20 Ogos 2014

Selangor tubuh JK khas perhalusi naik elaun guru Kafa

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Selangor menubuhkan jawatankuasa khas untuk memperhalusi kenaikan elaun guru kelas agama dan fardhu ain (Kafa).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali, berkata  jawatankuasa itu diketuai Rektor Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Prof Madya Datuk Dr Ab Halim Tamuri bersama tujuh ahli dari Fakulti Pendidikan KUIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

“Hasil tinjauan awal dengan guru selama sebulan sepanjang Julai lalu, terdapat berbagai bentuk pandangan dan cadangan daripada mereka berkenaan bagaimana kaedah, tatacara dan keperluan pelaksanaannya serta cadangan penambaikan,” katanya melalui facebooknya.

Adun Selat Klang itu menambah, satu kajian komprehensif akan dilaksanakan bermula minggu ini selepas mendapat kelulusan.

Menurutnya lagi, laporan itu akan dimajukan kepada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Jais pada pertengahan September ini.

Tiada ulasan: