Selasa, 12 Ogos 2014

Rodziah tuntut permohonan maaf daripada Sinar Harian

Oleh: AFIX REDZUAN
 
 
SHAH ALAM: Exco Kebajikan & Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor, Rodziah Ismail menuntut Sinar Harian mengemukakan permohonan maaf berhubung artikel bertajuk: Surat Akuan Undi Tidak Percaya Mula Tersebar yang ditulis, pada 9 Ogos lalu.
 
Beliau berkata, permohonan maaf berkenaan perlu dibuat di muka hadapan akhbar itu dan di semua laman sosial medianya dalam masa 24 jam.
 
rodziah-ceramah-biru-01“Merujuk kepada tulisan akhbar Sinar Harian 9 Ogos 2014, bertajuk: Surat Akuan Undi Tidak Percaya Mula Tersebar, saya menuntut Sinar Harian memohon maaf bertulis kepada saya kerana tulisan itu mengandungi kenyataan yang tidak benar berkenaan saya dan mengelirukan umum sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap saya.
 
“Saya akan meneruskan tindakan undang-undang, termasuklah tindakan undang-undang jenayah, jika pihak Sinar Harian gagal berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan.NFN-

Tiada ulasan: