Khamis, 7 Ogos 2014

RAMLY bakal jadi pesaing hebat produk McD

Oleh: AFIX REDZUAN


SHAH ALAM: Selepas tentangan hebat diberikan kepada premis makanan segera McDonalds berhubung isu boikot ekoran serangan rejim Zionis terhadap Palestin, pengguna tempatan mula mengalihkan perhatian dan memberikan sokongan terhadap produk Halal Burger Ramly.

Laman sosial facebook sudah pastinya menjadi tumpuan berkenaan usaha itu sebagai alternatif dalam mendapatkan hidangan makanan segera yang dimiliki sepenuhnya oleh orang Islam.

Kebanyakan pelayar laman sosial memberikan respon positif terhadap perkara ini selain berkongsi gambar hidangan burger Ramly yang boleh didiapati di beberapa premisnya iaitu Ramly Halal Mart, Ramly Kiosk dan Ramly Café.

RAMLY Burger
Safrina Sulaiman Safri, berkata pengusaha produk tempatan perlu memanfaatkan peluang yang ada untuk menarik perhatian pengguna.

“Inilah masa terbaik local brands nak ambik kesempatan tarik hati pelanggan setia McD…keluarkan produk yang macam McD tapi local made (buatan tempatan). siap ada burger oblong lagi.

“Macam Radix Fried Chicken (RFC) dengan KFC tu…ok je…ramai orang beratur kat RFC tu nak makan,” katanya.

Namun, terdapat cadangan kepada premis Ramly supaya mempertingkatkan lagi perkhidmatan mereka kerana masyarakat tempatan sedia untuk memberikan sokongan terhadap produk terbabit.

“Kat Bukit Tinggi Klang ade satu outlet Ramly..pernah mkn..kena tingkatkan kualiti dengan kualiti servis,” cadang Syed Lan.

ramlyHarga hidangan yang ditawarkan juga sangat berpatutan dengan pelbagai pilihan yang sesuai untuk semua peringkat golongan, selian ditawarkan dalam set lengkap.

Ramly Food Processing Sdn Bhd mula diasaskan pada tahun 1984 dan dimiliki sehingga kini oleh Datuk Ramly Mokni dan Datin Shala Siah Abdul Manap hasil cetusan idea juga hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih serta bermutu.

Produk bumiputera itu terkenal dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama RAMLY.-NFN-

Tiada ulasan: