Selasa, 5 Ogos 2014

Rakyat Sifatkan Azizah Tidak Lebih Sekadar Boneka

Hafiz Roslan


alt



SELAYANG- Penukaran Menteri Besar Selangor kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya sebagai boneka, belum pernah berlaku  pemerintah di Malaysia seorang wanita.

Abu Bakar Bin Ngah, 66, berkata, cara penukaran menteri besar yang dibuat seperti itu tidak wajar berlaku dan seharusnya ia ditukar sehingga tamat tempoh perkhidmatan.

alt

"Bagi saya tidak wajar Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditukar kerana beliau banyak berjasa kepada rakyat.

"Mengikut sejarah belum pernah lagi menteri besar di negara ini seorang perempuan, tetapi takut jugak Wan Azizah ini hanya sebagai boneka agar membolehkan tenaga luar lain main peranan untuk menguruskan kerajaan negeri," katanya ketika ditemui RakyatNews di sini, hari ini.

Jelas Abu Bakar lagi, sekiranya Wan Azizah di pilih menjadi menteri besar ia dipilih atas dasar nama suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Wan Azizah hanya "Yes Women".

Menurut Mohd Nordin Bin Mohd Yusof 58, berkata, jawatan presiden parti sudah memadai bagi Wan Azizah dan tidak perlu untuk campur adukan pemerintahan parti dan negeri.

alt

"Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim perlu dikekalkan, apa salah dia? tidak wajar beliau ditukarkan.

"Wan Azizah Presiden parti jaga lah parti dan jangan campur adukan negeri. Wanita sepatutnya menjadi penyokong kepada pihak lelaki dari belakang," ujarnya.

Nordin berkata isu penukaran menteri besar yang hangat di perkatakan sekarang ini ada muslihat disebaliknya dan sebagai rakyat Selangor beliau tidak bersetuju wanita menjadi menteri besar.

Bagi Sundra, 57, beliau menyifatkan kesemua pemimpin atasan PKR gila kuasa seperti pemerintahan berkeluarga.

alt

"PKR adalah sebuah parti yang bagus sebab pemimpin atasan semuanya gila kerusi.

"Wan Azizah tidak profesional dia mungkin bekas isteri Timbalan Perdana Menteri tetapi itu dahulu dia juga tiada pengalaman koprat berbanding Khalid Ibrahim, katanya.

Sebelum ini pada Mesyuarat Majlis Pempinan Pusat (MPP) PKR Anwar telah mengumumkan cadangan nama pengganti Khalid adalah Wan Azizah.

Walubagaimanapun Khalid Ibrahim dilihat tidak bersetuju dengan tindakan pucuk pimpinan partinya itu, sebaliknya beliau akan kekal mempertahankan jawatnnya itu sehingga habis penggal.

Tiada ulasan: