Rabu, 20 Ogos 2014

Rakyat sedang tercengang-cengan di persimpangan, tak tahu hendak kemana



ASPAN ALIAS


Dr Mahathir yang beliau menyesal menganti Badawi dengan Najib, kerana beliau tidak menyangka yang Najib mempunyai prestasi yang lebuh buruk dari penggantinya yang beliau belasah dahulu.  Bagi sorang seperti saya, pengakuan Mahathir itu sangat menggembirakan saya.

Saya gembira kerana pandangan saya selama ini Mahathir adalah pemimpin yang tidak pernah memilih penggantinya yang betul di kritik oleh ramai orang. Dari Musa Hitam kepada Najib tidak seorang pun yang beliau menyokong sampai keahirnya. Apa yang saya sebut rartusan kali selama ini adalah benar akhirnya.

Itu sebab tuduhan saya yang Mahathir adalah penyebab utama kepada kejatuhan kualiti kepimpinan negara semakin terserlah kebenarannya. Beliau pernah mengakui yang beliau tersalah pilih Abdullah Badawi dan sekarang ini beliau mengakui yang orang yang beliau sokong dan pilih untuk menggantikan Abdullah yang beliau menyesal memilih dahulu, mempunyai prestasi yang lebih buruk.


Saya bukan bercakap tentang Najib kali ini, kerana Najib itu tidak perlu di bincangkan lagi tentang isu beliau. Najib adalah ‘conclusive’ sebagai Perdana Menteri yang paling tidak berprestasi sekali dan beliau wajar diganti..

Jika di tinjau dari kalangan pimpinan tertinggi UMNO (Majlis Tertinggi UMNO), parti itu menghadapi masalah besar. Benar, Najib itu perlu diganti dan jika tidak diganti kita telah melakukan ‘disservice’ yang terlalu besar kepada negara. Tetapi masalah ini adalah yang terlalu ‘compounding’ apbila pada hakikatnya tidak ada seorang pun dalam barisan Majlis Tertinggi parti itu berkebolehan untuk memimpin waimma untuk menunjukan kualiti kepimpinan yang lebih sedikit baik dari Najib sendiri.

Belai tidak senang hati dengan Najib yang terlalu tunduk kepada negara jiran, dan ia tentulah Singapura yang dimaksudkan oleh bekas Perdana Menteri itu. Daripada tata-cara kata-kata Dr Mahthir itu, seolah-olah beliau kan beranggapan Anwar lebih baik dari Najib. Senag sahaja alasannya. Maksudnya jika Najib tunduk kepada Singapura, lebih baiklah lagi Anwar, kerana Anwar boleh terus berurusan dengan Washington secara terus.

Lagi pun Anwar sedang disokong oleh PAS dan Nik Aziz. Secara tidak langsung Anwar berjaya membawa PAS yang sentiasa dalam ‘sleep-walking’ itu secara tidak di sedari mereka menyokong agenda AS di negara ini secara tidak langsung memalui Anwar, dan Malaysia pula akan menjadi dalang AS melalui ketundukan Najib terhadap Singapura.

Itulah seolah-olah yang hendak disampaikan oleh Dr Mahathir. Saya tidak mahu menolak isu ini kerana tidak ada negara terutmanya negara kecil di dunia ini tidak ada permainan kuasa asing.

Pandangan Dr Mahathir tidak semestinya salah tetapi jika Najib itu perlu di tukar Mahathir juga tidak mempunyai calon aternatif dikalangan barisan Majlis Tertinggi UMNO yang ada sekarang mempunyai ‘fitness’ untuk menggantikan Najib itu. Bukan sahaja Mahathir tidak mempunyai gantian kepada Najib, tetapi Rakyat juga tidak dapat mengenal pasti siapa yang layak di kalangan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi itu.

Jika dulunya kita boleh mengharapkan pihak pembangkang untuk menjadi pilihan selepas ini, tetapi kalau di telek dari prestasi dan sikap serta nilai pihak pembangkang sekarang masalah yang sama yang kita sedang hadapi sekarang akan kita hadapi lebih cepat dan agak ‘instantaneous’ sebaik sahaj mereka menguasai Putrajaya itu.

Di kalangan parti-parti dalam pembangkang sekarang, walaupun telah menunjukan mereka bersatu tetapi luka-luka dan pendarahan dalaman diantara mereka tetap wujud dan perlu pemeriksaan yang rapi.

Pendeknya apa yang diperkatakan Dr Mahathir itu mungkin mempunyai kebenarannya tetapi beliau juga perlu menerima hakikat yang beliau mempunyai saham yang besar dalam menjadikan keadaan sekarang berlaku dan tidak mungkin dapat di selesaikan dengan begitu mudah.

Kita perlu negara dengan siasah baru. Jangan jemu-jemu mendengar pandangan ini. Buang emosi dan campakan sentimen peribadi ketepi. Baru kita boleh melihat kewajarannya. Sesungguhnya kita sedang berada di persimpangan, tercengang-cengang hendak ke arah mana.http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Tiada ulasan: