Khamis, 7 Ogos 2014

Rakyat Sarawak dipelawa sertai program ‘Mengenal DAP’ di Kuching, Sabtu ini

ros_merah

Roketkini.com


KUCHING,: Sebuah program bengkel ‘Mengenal DAP’ yang bermatlamat memberi kefahaman berhubung sejarah dan perjuangan parti akan diadakan pada hari Sabtu ini, 9 Ogos 2014 bertempat di Pusat Khidmat DAP Tupong, Sarawak.

Program yang dianjurkan dengan kerjasama DAP Sarawak dan Pemuda DAP Kuching dengan nama tema ‘Ros Merah: Ideologi perjuangan DAP’ turut menampilkan penceramah popular, Dr Hew Kuan Yau, atau lebih dikenali dengan nama ‘Superman’.

“Kebelakangan ini perbincangan dan pencarian makna demokrasi telah kembali rancak. Dengan pelbagai cabaran baru, mendesak anak-anak muda menjadi warga yang sedar dan mula mendalami erti demokrasi dan segala yang terkait dengannya.

“Banyak lagi persoalan perlu kita jelajahi, kemudian perlu diterjemahkan pula dalam kehidupan seharian,” menurut kenyataan penganjur program.

Dalam kenyataan tersebut penganjur turut memaklumkan, antara sesi yang disediakan kepada peserta dalam program termasuk latihan, selain sesi penerangan dengan menggunakan simulasi berkomputar.

Peserta program turut berpeluang berbincang dan bertanyakan soalan berkaitan struktur organisasi, ideologi dan garis politik Sosial Demokrasi yang menjadi pegangan parti DAP dalam sesi yang dijalankan selama tiga jam.

Menurut penganjur, program ‘Ros Merah: Ideologi perjuangan DAP’ akan bermula pada jam 2 petang dan setiap sesi akan dikendalikan dalam Bahasa Malaysia.

Program yang tidak mengenakan sebarang bayaran ini bertempat di Pusat Khidmat DAP Tupong, Tingkat 1, Lot 9663, Jalan Matang Taman Lee Ling Commercial Center, Fasa 23, 93050, Kuching Sarawak.

Kepada mereka yang berminat untuk menyertai program ini, terutamanya anak muda yang tinggal di sekitar bandaraya Kuching digalakkan untuk menghubungi wakil penganjur di talian 019-8949087 (Aziz). – Roketkini.com

Tiada ulasan: