MALAYSIAKINI
Keputusan muktamad pemilihan PKR yang diumumkan hari ini
menyaksikan beberapa nama-nama besar dalam parti itu terkeluar daripada
barisan kepimpinannya.
Antaranya
ialah bekas parti naib presiden, Fuziah Salleh yang gagal
mempertahankan jawatan itu, dan N Surendran, yang sebelum ini merupakan
naib presiden yang dilantik.
Naib presiden yang baru terpilih ialah Pengarah Strategi PKR, Rafizi
Ramli dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar
Mohd Akin.
Manakala Naib Presiden Nurul Izzah Anwar dan Chua Tian Chang berjaya berjaya mengekalkan jawatan masing-masing.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatannya
tanpa bertanding, manakala timbalannya, Azmin Ali berjaya
mempertahankan jawatannya dengan menewaskan pencabarnya, Setiausaha
Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Seorang lagi pencabar Azmin - Tan Sri Khalid Ibrahim - terkeluar
daripada saingan bagi jawatan tersebut selepas dipecat dari parti kerana
didakwa enggan meletakkan jawatan menteri besar Selangor.
Timbalan Speaker DUN Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad pula terpilh sebagai
ketua AMK yang baru, manakala Zuraidah Kamaruddin berjaya mempertahankan
jawatan ketua Wanita.
Keputusan pemilihan itu diumumkan oleh Pengarah Pemilihan PKR yang juga
Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul di ibu pejabat parti
itu hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan