Selasa, 26 Ogos 2014

PRK Pengkalan Kubor: Pemuda UMNO kemuka nama Rosidi jadi calon BN

Post Pic
 
ANTARAPOS.COM
 
 
KUALA LUMPUR:  Pemuda UMNO mengemukakan nama Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tumpat, Rosidi Mahmud Kamaruddin kepada pucuk pimpinan parti untuk dipertimbangkan sebagai calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.
 
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, berkata beliau sudah menyerahkan nama pemimpin UMNO Tumpat itu kepada pucuk pimpinan parti pada mesyuarat pengurusan parti Rabu lalu.
 
PRK DUN Pengkalan Kubor akan diadakan berikutan kematian penyandangnya dari Barisan Nasional (BN) Datuk Noor Zahidi Omar, Rabu lalu, akibat kanser hati.
 
Sebelum ini, Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan Mohamad Mahmud berkata pihaknya akan menetapkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor selepas menerima surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi itu daripada Speaker DUN Kelantan Abdullah Ya'kub.
 
Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Zahidi menang dengan majoriti 1,736 menewaskan calon daripada PKR dan Bebas dalam pertandingan tiga penjuru memperolehi 10, 174 undi.

Tiada ulasan: