Selasa, 12 Ogos 2014

PR perlu buktikan pada rakyat

Semua ADUN dari Pakatan Rakyat harus meyakinkan masyarakat bahawa mereka akan berpegang kepada mandat yang diberikan



Teo Kok SeongPETALING JAYA: Ketua Pemuda Sosialis DAP Kebangsaan (DAPSY), Teo Kok Seong berkata, ini merupakan masa terbaik untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat, menunjukkan penghargaan dan kesetiaan mereka terhadap mandat yang diberi oleh rakyat Selangor.

“Setiap ADUN Pakatan Rakyat di Selangor yang telah dipilih oleh rakyat haruslah mengetahui bahawa mereka dipilih sebab mereka mewakili Pakatan Rakyat iaitu PKR, PAS dan DAP.

“Cuba bayangkan kalau ADUN Pakatan Rakyat yang terpilih ini tidak menggunakan lambang PKR, PAS dan DAP pada pilihanraya umum yang lepas, tentunya mereka ini tidak akan terpilih.

“Janganlah lupa bahawa, rakyat Selangor telah menggunakan undi mereka untuk menyuarakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat dan bukan Barisan Nasional.

“Jadi, keputusan rakyat Selangor haruslah dihormati oleh semua ADUN Pakatan Rakyat Selangor dan ADUN Pakatan Rakyat haruslah juga berpegang kepada mandat yang telah diberi.

“Sebenarnya ini merupakan masa terbaik bagi rakyat Selangor untuk menilai adakah ADUN yang mereka pilih itu berpegang kepada mandat yang diberi oleh rakyat atau tidak.

“ADUN Pakatan Rakyat turut perlu mengambil peluang ini menunjukkan bahawa mereka menghormati keputusan rakyat dan boleh dipercayai.

“Saya amat yakin bahawa semua ADUN Pakatan Rakyat Selangor akan tetap berpegang kepada prinsip dan mandat yang diberi oleh rakyat Selangor,” katanya.

Tiada ulasan: