Ahad, 3 Ogos 2014

Polis nafi jualan pemegang kunci untuk jenayah

MALAYSIAKINI


Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan maklumat kononnya ada penjualan pemegang kunci dilengkapi peranti pengesan yang membolehkan pembeli dijejaki pihak tertentu untuk tujuan jenayah.
  
Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Datin Asmawati Ahmad berkata sehingga kini pihak polis tidak menerima sebarang laporan berhubung isu tersebut.
  
"Bagaimanapun orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dan peka dengan keadaan sekeliling serta mengelakkan dari membuka peluang kepada penjenayah untuk mengambil kesempatan," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Maklumat itu dilapor disebar meluas melalui media sosial terutamanya aplikasi Whatsapp mendakwa pembeli pemegang kunci terbabit boleh dijejaki sindiket tertentu untuk tujuan jenayah seperti rompakan, samun, rogol dan bunuh.- Bernama

Tiada ulasan: