Ahad, 3 Ogos 2014

'Polis hanya tengok mangsa kemalangan diserang'

MALAYSIAKINI



 


ADUN Pandamaran Eric Tan menuntut polis Selangor menjelaskan tindakan pasukan itu yang didakwa gagal bertindak dalam dua kes melibatkan mangsa kemalangan yang didakwa diserang oleh orang ramai di tempat kejadian.

“Beliau (Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat) mesti memberi penjelasan mengapa polis tidak bertindak.

“Apa rancangan berliau sebagai ketua polis Selangor yang baru untuk memperbaikinya?

“Saya fikir penambahbaikan ini amat diperlukan segera kerana masyarakat menderita setiap hari,” katanya dalam satu sidang media bersama individu yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Dalam kes pertama, seorang pemilik syarikat tunda kereta, Ngiam Kee Buh memberitahu sidang media itu berhubung kejadian melibatkan pekerjanya.

Katanya, pekerja itu memberitahunya bahawa tiga orang pegawai polis bertugas di satu pasar Ramadan di berhampiran lokasi kemalangan.

Kemalangan jalan raya itu didakwa melibatkan sebuah Proton Wira yang melanggar tiga buah kenderaan yang diparkir di satu cerun jejambat kerana pemandunya, Lee Keng Long, cuba mengelak sebuah kenderaan dari arah hadapan yang masuk ke lorongnya.

Ngiam mendakwa polis gagal bertindak ketika sekumpulan individu menyerang pemandu tersebut. Anggota berkenaan didakwa hanya memandang kejadian tersebut selepas ditolak ke sisi oleh penyerang tersebut.

Beliau bercakap di sidang media itu keraja pekerjanya itu enggan berbuat demikian untuk menejalskan kejadian yang didakwa berlaku pada dini hari, 26 Julai di Klang, di bulatan Kota Klang.

Kejadian kedua pula berlaku sekitar jam 3.30 pagi keesokan harinya. Seorang individu yang terlibat, Muhammad Hadi Yeop Baharuddin mendakwa beliau diserang oleh lapan orang pelumba motosikal haram selepas melanggar salah seorang daripada anggota kumpulan tersebut dengan keretanya.

Beliau berkata polis masih belum membuat sebarang penahanan walaupun beberapa orang daripada individu yang menyerangnya itu telahpun dikenalpasti oleh individu lain yang cuba menolongnya.

Menurutnya, ada suspek yang dikenalpasti melalui cukai jalan motosikal yang ditemui di lokasi kejadian di Lebuh Raya Selat Kelang

Tiada ulasan: