Khamis, 7 Ogos 2014

PKR Selangor : 'Azmin Paling Layak Jadi MB'

RAKYATNEWS


alt
 


KUALA LUMPUR  - Majlis Pimpinan PKR Selangor memutuskan menamakan Timbalan Presidennya, Azmin Ali sebagai seorang lagi nama calon Menteri Besar bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Dalam satu kenyataan hari ini, pihak pimpinan negeri meminta PKR Pusat mempertimbangkan tuntutan mengangkat Azmin bagi jawatan tersebut yang dilihat lebih releven berbanding Presiden parti, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismai.

"Kami erpendirian pertimbangan itu wajar dibuat (terhadap Azmin Ali) berdasarkan sokongan diterima dari sebahagian besar pimpinan kanan parti termasuk lapan pengerusi pimpinan negeri PKR," kata kenyataan tersebut yang dikeluarkan atas nama Ketua Penerangan PKR Selangor yang juga ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafie serta Setiausahanya, Amirudin Saari.

PKR Selangor turut menyenaraikan lapan pimpinan negeri yang menyokong pencalonan Azmin termasuk Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu, Kelantan serta Sarawak.

Sebelum ini, Lembaga Disiplin PKR telah menetapkan Jumaat ini bagi mendengar penjelasan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas kegagalan beliau mendengar arahan parti agar meletakkan jawatan sebagai menteri besar Selangor.

Tiada ulasan: