Rabu, 20 Ogos 2014

Perlis perlu kurangkan defisit perbelanjaan


Tuanku Syed Sirajuddin Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail Tuanku Syed Sirajuddin Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail


KANGAR - Kerajaan Negeri Perlis perlu mengambil langkah untuk mengurangkan defisit perbelanjaan dalam mengatur perbelanjaan mengurus dan pembangunan negeri.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah, ia perlu diberi perhatian dengan mengambil langkah positif agar belanjawan defisit itu masih dalam jangkauan terkawal.

Bagi mengurangkan defisit, kerajaan negeri disaran mengambil pendekatan perbelanjaan berhemah dengan memberi keutamaan kepada pembelanjaan mengikut keperluan sebenar.

"Kerajaan negeri hendaklah memberi penekanan kepada meningkatkan hasil dan menambahkan punca hasil,"   titahnya ketika merasmikan penggal kedua Dun Perlis di sini, hari ini.

Sehubungan itu, baginda merakamkan terima kasih kepada semua penjawat awam yang bekerja keras dan ikhlas dalam membangunkan negeri ini.

"Beta amat berharap agar usaha ini dapat ditingkatkan bagi memastikan wawasan Perlis Maju 2015 dapat direalisasikan pada tahun hadapan," titahnya.

Tiada ulasan: