Ahad, 17 Ogos 2014

Penyokong Hadi berkumpul di pejabat PAS

MALAYSIAKINI

Sekumpulan kira-kira 70 orang, kebanyakannya penyokong PAS dan Unit Amal, berkumpul di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur pagi ini.

Antara mereka memegang plakad mengaku sebagai anggota PAS dan menyatakan sokongan pada presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kami semua anggota PAS dan menyokong presiden kami," begitu antara plakad yang bertulis, dalam bahasa Inggeris.

Sokongan itu dinyatakan menjelang perhimpunan jawatankuasa pusat parti itu yang akan bermula pada 10 pagi ini bagi menentukan calon menteri besar Selangor pilihan mereka.

Perhimpunan pro-Hadi itu dipercayai sebagai reaksi terhadap desakan kumpulan properubahan menteri besar Selangor, dinamakan “Kembalikan Selangorku” yang menjalankan kempen “Reben Hitam”.

Kelmarin, kira-kira 15 berhimpun di hadapan bangunan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bagi menuntut Khalid meletakkan jawatan.

Sementara itu, jawatankuasa PAS Pusat yang diketuai Hadi itu dianggotai oleh 37 orang anggota.

Hadi, selari dengan pendirian Murysidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Majlis Syura PAS sebelum ini menyokong pengekalan Khalid berbanding calon pengganti Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail

Empat exco PAS kini masih bertahan dalam kabinet Khalid sempena penunggu keputusan penting hari ini.

Tiada ulasan: