Ahad, 10 Ogos 2014

PASMEB: “Ini bukan demokrasi tapi diktator”

Oleh: NORHAYATI UMOR


SHAH ALAM : Pakatan Anak-anak Selangor yang menyokong Menteri Besar (PASMEB) akan terus menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk memegang jawatan orang nombor satu di negeri itu.

Pengerusi PASMEB, Mazli Saring, berkata sokongan itu akan tetap diteruskan walaupun Abdul Khalid menyertai parti lain.

Katanya, sebagai rakyat dan pengundi  mereka mempunyai hak untuk memilih parti yang diinginkan.

pasmeb

Beliau bagaimanapun enggan mengulas dan memberi sebarang kenyataan dengan lebih lanjut ekoran menghormati nasihat daripada pihak menteri besar untuk tidak memberi sebarang kenyataan dan mengadakan aktiviti sementara Majlis Dewan Diraja Selangor berbincang kedudukan jawatan itu esok.

“Atas kesempatan itu, kami dinasihatkan tidak membuat sebarang kenyataan sehingga diberitahu kelak,” katanya ketika ditemui di kediaman Menteri Besar, di sini.

PASMEB mula berkumpul di Kediaman Rasmi Menteri Besar untuk menyatakan solidariti atas pemecatan beliau oleh partinya sendiri.

PASMEB juga dikatakan tidak bersetuju di atas pemecatan itu.

Bagaimanapun, beberapa ahli PASMEB mula tidak berpuas hati mula mengingatkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengimbas semula deklarasi Permatang Pauh 1998.

“Kami anak Selangor menyokong Abdul Khalid. Anwar pembelot!

SIDANG DEWAN UNDANGAN“Anwar perlu imbas kembali 1998 deklarasi Permatang Pauh antaranya melarang, membenci, kronisme, nepotisme dan rasuah.

“Tetapi apa yang jadi sekarang rakyat dimomokkan kerana dana negeri yang banyak. Ini bukan demokrasi tapi diktator,” kata mereka.

Mereka juga berpendapat Abdul Khalid dipecat ekoran perbezaan undi beliau menghampiri undi untuk memenangi kerusi Timbalan Presiden.
-NFN-

Tiada ulasan: