Selasa, 19 Ogos 2014

PAS tetap mahu PKR senarai Azmin jika Sultan Selangor tolak Azizah

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
KOTA BHARU: PAS masih kekal dengan keputusannya untuk menyenaraikan dua nama iaitu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan Menteri Besar Selangor.
 
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bagaimanapun pakatan pembangkang hanya akan menyerahkan satu nama sahaja iaitu Wan Azizah kepada Sultan Selangor.
 
Katanya, jika baginda menolak Wan Azizah, maka nama Azmin akan disenaraikan untuk jawatan tersebut.
 
"Bagaimanapun, terpulang kepada baginda Tuanku untuk menentukan siapa Menteri Besar Selangor," katanya yang dipetik daripada Utusan Malaysia hari ini.
 
Pada masa yang sama, beliau menafikan bahawa Azmin menarik diri daripada disenaraikan untuk jawatan tersebut.
 
Katanya, Azmin hanya menghormati keputusan partinya untuk memberi laluan kepada Wan Azizah.

Tiada ulasan: