Rabu, 13 Ogos 2014

PAS Selangor minta turunkan kain rentang provokatif

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: PAS Selangor meminta semua PAS kawasan di negeri itu menurunkan kain rentang dan apa jua bentuk sebaran yang bersifat provokatif.

"Mohon kepada semua PAS kawasan untuk menurunkan segera mana-mana banner (kain rentang) dan apa jua bentuk sebaran yang bersifat provokatif," ujar Ketua Penerangan PAS negeri, Zaidy Abdul Talib.

Katanya, tindakan segera daripada PAS kawasan dalam suasana genting sebegini amat-amat dihargai.

Beliau yang juga Adun Templer mengeluarkan kenyataan itu menerusi facebook PAS Selangor hari ini. - HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: